Tuesday 31 December 2013

HARI TERAKHIR........

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

     Hari ini 31-12-2-13 merupakan hari terakhir bagi tahun 2013. Esok sudah bermula tahun baru. Hari pertama bagi tahun 2014 KECUALI kalau tiba-tiba berlaku keajaiban yang menjadikan tahun 2013 bertambah satu hari lagi iaitu ada pulak tarikh 32-12-2013 (merepek entah ape-ape tah Ila nie tapi... tak mustahil berlaku dengan izin dari-Nya).

     Mulai tahun 2014, semua sedia maklum yang negeri Johor telah mengubah cuti minggunya dari hari Sabtu dan Ahad kepada hari Jumaat dan Sabtu. Ikut kata suami dulu dia pernah merasa bersekolah pada hari Ahad iaitu cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu sebelum cuti bertukar kepada hari Sabtu dan Ahad semasa dia darjah 2. (Kenapa banyak pulak ayat skema dalam post kali nie agaknyer ye??? Hmmm... Pelik pulak..). Kalau tak silap tahun tu sekitar tahun 1992. Masa tu Ila pun belum sekolah jadi tak lah merasa bersekolah pada hari Ahad.

     Tak kisahlah cuti hari apa pun.. Yang penting semoga tahun baru membina semangat dan cita-cita baru untuk mencapai segala yang dihajati dan diimpikan sehingga berjaya. Semoga segala usaha yang dijalankan menjadi dengan baik serta cemerlang.

     SEMOGA TAHUN 2014 LEBIH BAIK BARI 2013...

    Semoga berjaya untuk semua rakan-rakan dan kenalan sekalian...

Thursday 19 December 2013

Projek Jahitan

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


      Tak sampai 1 jam Ila da update.. Haha.. Ok.. Ila baru check email tengok ada email masuk ke tak. Tengok-tengok email gambar baru dapat. Jadi teruslah update sementara ada masa dan Husna tengah tidur.

     Jadi.. Inilah mesin jahit Ila. Mesin jahit jenama Brother model AS2730S.
Kalau tengok betul-betul, ada banyak barang dekat sebelah kanan mesin.. Baru siap jahit selaur. Belum kemas lagi.

     Meh Ila cerita sikit pasal mesin nie. Manalah tau ada kawn-kawan yang tengah cari mesin jahit waktu ni. Mesin nie bukan mesin heavy duty. Jadi tak sesuai untuk "mass production" maksudnya tak sesuai untuk tukang jahit tegar yang memang kerjanya menjahit 24/7. Mesin ni juga tak sesuai untuk menjahit kain atau bahasa saintifiknya fabrik yang tebal. Jadi kurang sesuai sangat la untuk jahit langsir dan seluar jeans yang tebal.

     Mesin nie ada 27 jenis jahitan atau corak jahitan yang boleh dia buat termasuk jahit lubang butang dengan satu langkah sahaja. Hmmm... Rasa tak larat pulak nak cerita semua.. (Haha... Malas sebenarnya. Tengkuk Ila da sakit mengadap netbook nie.) Untuk maklumat lanjut bolehkah layari laman web Brother ye dengan mengelik di sini. Kalau kawan-kawan nak search sendiri pun boleh. Cuma jangan tersalah pilih.. Sebab Brother nia ada jenama untuk aksesori kereta.

     Ooo... Sebelum terlupa.    
Inilah projek kedua Ila. Alas meja.
Projek ketiga. Seluar besar yang sedang dipakai ketika menulis entry ini. :-D

     Gambar projek pertama tak sempat ambik sebab IBU MERTUAKU tak sabar nak pakai baju yang menantu kesayangan dia repairkan.. (Haha.. Perasan banget kok). Baju beli last minute, pastu g tukar last minute dan jadinya repair betul-betul last minute. Repair baju tu pagi, petang mak da nak pakai jadi memang tak sempat nak gambik gambar. Lain kalilah ye kalau Ila ingat nak ambik gambar baju tu Ila akan uploadkan.

     Akhir kata..... (Nak tulis ayat last yang pendek je.. Confirm memang pendek je... Sebelum tu Ila nak ketawa sendiri dulu. Kalau tak, tak jadi ayat lat yang pendek. Hihi.)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
     Ok, bye......

Hadiah Hari Jadi... Huhuhu

بسمﷲ الرحمن الرحيم
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


      Semalam bergerak ke Batu Pahat... (haha bunyinyer macam nak pergi bercuti je.. Tak pun...) Pergi Batu Pahat buat pelbagai urusan. Mula-mula singgah tempat kerja encik suami dekat Rengit untuk dapatkan tanda tanggan  bos dia. Pastu singgah Senggarang p Pejabat Pos pulak... Hantar barang... Nampak dari luar ramai orang tapi bagus sangat sebab Ila tak menunggu dalam kereta. Dalam 10 minit da siap. Kemudian kami pun terus ke Bandar Batu Pahat, settlekan KWSP encik suami, semak penyata KWSP diri sendiri.. (huhu sedih.. tak banyak pun. yela gaji tak seberapa... tapi kita perlu bersyukur dengan apa yang ada. Alhamdulillah...) Keluarkan duit cikit dan pusing-pusing cari barang yang dikehendaki..

     Sebenarnya da lama nak cari barang ni tapi sentiasa tak ada masa lapang. Jadi, sambil-sambil nak buat urusan di Batu Pahat cari la sekali. Tak la pusing-pusing sangat dekat Batu Pahat sebab Ila da survey harga barang ni dekat internet dan kedai yang ada jual benda ni.

     JADI... INILAH BENDANYA....

mesin jahit ni dikira hadiah hari jadi untuk diri sendiri..(gambar dari internet. tak sempat nak pindahkan gambar dari telefon)


     Akhirnya Ila miliki sendiri sebuah mesin jahit... Walaupun bukan model yang Ila nak beli asalnya tapi boleh memenuhi keperluan... Ops... bukan keperluan tapi kehendak. Moga dengan adanya mesin jahit ini akan mengisi masa lapang Ila dengan aktiviti yang lebih berguna dan moga dapat menambah pendapatan keluarga. Insya-Allah....
(panjang betul ayat-ayat skema dekat atas tu.. tapi itulah sebuah pengharapan yang akan diusahakan sehingga menjadi sebuah kejayaan dengan izin dari-Nya. Ayat nie pun skema jugak.. Haha.. )

     Model asal yang Ila nak beli sebenarnya ialah yang ini...

     Tapi mungkin tak ada rezeki.. dapat yang Ila beli semalam tu pun da ok. Lagi pun yang Ila beli nie harganya jauh lebih murah dari model asal yang diidamkan.. Jadi, save bajet cikit..

     Post ini terlambat dipublishkan sebab biasalah orang da ada anak nie.. Banyak benda tak dijangka dibuat oleh anak... Jadi, kenalah dulukan si kecil si jantung hati dulu.. Sampai sekarang da dekat seminggu beli mesin ini dan Ila da buat beberapa projek da dengan mesin jahit ni.

     Projek yang merasmikan mesin jahit Ila ni ialah BAJU KURUNG IBU MERTUAKU.. Kelas tak tajuk projek tu? Haha... Bukan buat baju pun cuma pendekkan hujung lengan dan badan baju je.. Tajuk macam gempak je kan...

     Projek yang kedua ialah ALAS MEJA BUAT SUAMI KESAYANGANKU... Haha.. Jahit bahagian tepinyer je.. Tak de tambah apa-apa pun.. Bukan encik suami yang banyak pakai meja ni sebenarnya.. Biasalah tajuk kena vougedevast ye... Tak plan pun nak buat alas meja. Asalnya nak buat benda lain tapi alas ni lebih penting jadi gunakan jela...

    Projek yang ketiga ialah SELUAR BESARKU.. Yang ni memang plan nak buat sebab banyak seluar track rasa tak selesa nak pakai kat rumah. Jadi buat sendiri seluar untuk menjimatkan belanja. Memang selesa sangat sebab seluar nie Ila buat besar. Senang nak melangkah. Seluar nie masih 'hot from oven' mase post nie ditulis dan Ila tengah pakai sekarang.. Punyalah semangat nak memakai seluar buat sendiri.. Hihi

     Semua projek-projek nie nanti akan Ila uploadkan gambar-gambarnya kemudian.
     Ok... sampai sini dulu... Caucincau... Hihihi

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...