Thursday 28 June 2012

JEM oo JEM!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


       Da lama kan ila tak menulis. Lebih seminggu da. Bukan tak mahu menulis tapi ada saje benda yang menghalang. Ila nak cerita pasal perkara hari ini. Malas nak cerita perkara yang dah lepas. Lebih-lebih lagi perkara yang menyakitkan hati dan perkara yang boleh mengugat hati nurani dan merebakkan bisikan syaitan dalam hati kita. Jadi lebih baik, apa yang berlalu kita biarkan berlalu. Yang baik dijadikan contoh tauladan dan yang buruk jadikan pedoman.


      Hehe.. tiba-tiba rasa macam ustazah pulak. (^_^)>.

      Sambung cerita ila... Hari ni balik sangat lambat dari biasa. Hmmm.... Entah lah. Tempat kerja baru nie. Sepatutnya hari rabu balik jam 4.30 petang sebab ada aktiviti. Tapi untuk hari ini, aktiviti yang dijalankan seperti biasa tu diganti dengan acara raptai. Mula-mula gembira lah sebab dah tak payah wat perkara rutin untuk jalankan aktiviti yang selalu dibuat pada hari rabu.

       Tapi.... bila jam di tangan da menunjukkan jam 4.30 petang dan tak ada tanda raptai untuk majlis esok selesai, mulalah rasa bosan yang teramat sangat. Hmmmm.... Kaki da penat walaupun sebenarnya duduk je dari sepanjang raptai bermula. Badan tak selesa. Al-maklumlah bangun pagi jam 5.00, mandi, bersiap. Pukul 6.20 da bergerak ke tempat kerja.

       Last-last, tunggu punya tunggu, abis jugak raptai lebih kurang pukul 5 petang tadi. badan nie punya la letih. Dari tempat raptai terus bergegas ke staffroom, ambik barang terus start kereta. Hati da berbunga-bunga masa nie... Terbayang masakan mak di rumah. Makan selepas mandi dengan air panas dan sabun mandi yang menyegarkan badan. Hihihi... Segar sungguhkan. Lebih-lebih lagi bila badan da letih sangat.

       TAPI ......

       Belum sampai pintu pagar da stuck. Haiyoooo.....
Masa ni ila masih dalam pagar. Belum keluar lagi, kereta da berderet-deret. Kalau tak silap ada 3 buah kereta lagi yang terlindung depan kereta ila. 
Gambar dari side mirror: berderet-deret kereta di belakang kereta ila. Masa nie belum lepas pintu pagar lagi. belakang kereta yang last tu ada lagi kereta lain. Panjang lagi kat belakang tu..

Masa nie da lepas pintu pagar tapi masih lagi stuck. Hmmm...
Dari side mirror: banyak lagi kereta di belakang kereta ila. Kalau ila keluar lagi lambat rasanya, jenuhlah nak menunggu...

P/S: 'kejadian hari ini' berlaku semalam 27 Jun 2012. Semalam tak sempat nak publish sebab 'beruk'
        belaan yang da tua nie buat hal.. Hahaha.. Harap maklum.

 

ceritaku,
ila (^_^)>

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...