Wednesday 3 October 2012

tak ikhlas...

salam...

      bila suatu permulaan berjalan bukan dengan hati yang rela dan ikhlas, memang susah nak yakin dan kuatkan hati untuk terus jalankan kerja dengan baik dan disiplin.

      berpindah di sini memang bukanlah yang diimpikan. hanya menambahkan beban walaupun suasana untuk bekerja dengan klien lebih baik kerana mereka adalah orang-orang yang terpilih untuk masuk ke sini tapi suasana bekerja dan suasana semasa bekerja bersama rakan sekerja amat-amat menyedihkan.

      teringat kembali sewaktu pertama kali berpindah ke sini. tiada siapa peduli kehadiran kamu. stress yang teramat sangat dan letih. perjalankan ke tempat kerja mengambil masa lebih 45 minit ketika pulang pula mengambil masa kira-kira 1 jam kerana keletihan dan tidak dapat memandu laju. bertambah tertekan apabila tiada rakan sekerja untuk dijadikan tempat mengadu dan yang memahami situasi.

       tiada apa pun yang dapat mengubat hati dan fikiran ini selain klien yang memberikan sepenuh perhatian mereka semasa diri ini berkerja. Tuhan saja tahu hati dan perasaan ini.

akibatnya,

      segala kerja tidak dapat dilakukan dengan baik. diri jadi malas ditambah lagi dengan tubuh yang sangat letih dan kurang sihat. tumpuan untuk melakukan kerja dan semangat bekerja semakin terhakis dari hari ke sehari. majikan pula bukan jenis yang mesra dan seorang yang 'melabel pekerjanya'. bila label di dahi anda sudah 'tercalar' faham-faham sahajalah...

      moga permohonan pindah diluluskan segera tidak perlu menunggu sehingga akhir tahun ini. sudah tidak tahan hati ini.

      buat masa ini, apa yang dapat dilakukan ialah senyumkan wajah tapi dalam hati menangis semahu-mahunya.

      aduhai... tabahlah hati. memang diri ini tahu bahawa diri ini tidak sempurna dan sering melakukan kesalahan tetapi boleh tak kamu wahai majikan berlembut sedikit dengan para pekerja kamu. kami bekerja untuk kamu dan nama kamu sudah dipandang tinggi. kamu juga sudah mendapat gelaran dan pangkat yang diidamkan orang lain yang sejawatan dengan kamu. tolonglah bertimbang rasa... hari-hari cuti kami terpaksa korbankan bagi menghadiri program-program yang kamu arahkan untuk dijalankan.

      masa bersama keluarga kami tinggal entah berapa ketika sahaja dan jika bersama keluarga, tubuh badan ini sudah letih. apa yang mampu kami lakukan ketika itu?

      tolonglah fahami kami, kerana kemampuan setiap insan itu berbeza. mungkin ada diantara kami yang dapat menjalankan tugas dengan baik tapi harus dilihat kehidupan lainnya. kedudukan tempat tinggalnya, urusan keluarganya dan lain-lain lagi.

      inilah luahan hatiku yang amat sedih dan tubuh yang semakin kurang sihat menambahkan rasa sedih di hati.

sekian...

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...