Tuesday 10 July 2012

RESIPI: KUIH CUCUR BADAK

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

       Entah kenapa, sejak dua menjak nie Ila sukan sangat buat kuih. Hehe.. Hari nie (Khamis, 4 Julai 2012) Ila buat kuih Cucur Badak. Macam biasa, tak perlu nak cerita panjang-panjang, kite terus je ke resipi kuih cucur badak dan cara membuatnya...

       Selamat mencuba kepada semua.

BAHAN:
Doh:
50g tepung gandum
50g tepung ubi
1 biji ubi keledek sederhana besar
½ camt. Garam halus
Minyak masak untuk menggoreng

Inti:
30g udang kering rendam, toskan & tumbuk halus
25g kelapa parut
3 ulas bawang merah (dihiris
½ biji cili merah             halus)
½ camt. Garam
1 hiris halia
4 biji cili kering   digoreng tanpa     (Bahan A)
minyak dan ditumbuk halus
½ camt. Jintan manis
1 camb. Gula halus
1 camb. Minyak
½ camt serbuk kunyit


Cara Membuatnya:
Inti
1.       Panaskan minyak dan goring bahan A sehingga wangi.
2.       Masukkan udang kering, kelapa parut, cili merah dan bawang. Kacau sebati.
3.       Masukkan serbuk kunyit dan perasakan dengan garam dan gula.
4.       Goreng hingga kering dan keluarkan. Biarkan sejuk.
Doh
1.       Buang kulit ubi keledek yang telah direbus dan dilecek.
2.       Masukkan tepung dan uli sehingga doh menjadi kental.
3.       Canai doh dan bentukkan seperti sosej. Kemudian potong 8 hingga 10 bahagian yang sama besar. (Ikut kesukaan anda, kalau suka kecil bahagi lebih banyak lagi.)
Cucur Badak
1.       Canai doh yang telah dipotong sehingga bulat dan isikan inti tadi.
2.       Tutup dan bentukkan kuih.(nak buat bentuk selain bulat pun boleh. Yang penting inti tidak terkeluar).
3.       Panaskan minyak dan goring kuih sehingga kuning dan toskan.
4.       Hidangkan kuih berinti pedas pada pinggan berbentuk bujur.


SELAMAT MENCUBA!!!

ila <(^_^)>

p/s:  tak dapat sertakan gambar sebab kuih ini tak berapa menjadi bentuknya. next time ila akan upload gambar kuih yang da jadi dengan jayanya..

No comments:

Post a Comment

Shoppin Online & Dapat Cashback

بسمﷲ الرحمن الرحيم Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang      Siapa yang tak suka berbelanja aka shopping kan... Ter...